Aku bukanlah insan yang dikategorikan sebagai ULAT BUKU yang sentiasa mendapatkan bahan-bahan bacaan pada setiap rutin masa...membacanya pun hanya jika ada masa terluang apatah lagi jika kesukaran timbul ketika ingin mendapatkannya, maklumlah bukan semua kedai-kedai buku ada menjual buku-buku yang sesuai dengan umurku yang semakin hari semakin bertambah ni, bukan tak teringin tapi kata pepatah hendak seribu daya....tak hendak seribu dalih.
Alhamdulillah, aku dipertemukan dengan bahan-bahan bacaan keluaran Telaga Biru tatkala aku mencari-cari bahan-bahan bacaan didalam pendidikan anak-anak masa kini....Anakku Hebat Anakku Soleh...ini bukanlah keluaran terbaru tapi aku menemukannya mungkin terlewat dari sahabat-sahabat diluar sana...betapa jauhnya aku dari dunia pembacaan....
Semasa Hari Raya Haji yang lepas, aku ditemukan jodoh dengan Stormreaders Network dan disinilah segala-galanya bermula....
Inilah katalog yang aku gunakan untuk mengenal pasti apakah buku-buku yang sesuai denganku...belek punya belek, semuanya macam ingin kumiliki..